Friday, December 17, 2010

cerpen buat olok2..part 1..=p

Hari ni start sem baru. Hurm..malas nak g clas first day camni. Baik duduk bilik & kemas2 apa yang patut. Then, aku pun kira ponteng class seperti lazimnya yang aku buat sem2 lepas.

2nd day. Banyak lagi lecturer tak masuk. Nie malas nak pergi class ni. Iskh! Bek  makan. Kakiku pun mengorak langkah ke café Edu. Hidangan yang tertera membangkitkan selera makan yang membuak-buak sedang kami semua sedia maklum harga makanan di café nie amatlah tinggi berbanding café-café lain. Tapi nak buat macam mana, aku jatuh cinta dengan makanan café nie. So, even pocket akan menjadi nipis coz makan kat café ni, aku sanggup. Demi makan!! Haha.

Aku menikmati makanan tanpa mempedulikan orang di sekelilingku. takpe,bukan ada yang mengenaliku, fikirku. Hidup di perantauan membuatku jadi independent berbanding diriku sebelumnya. Makan sorang? Tidak pernah ku terfikir akannya. Mungkin inilah hidup, kawan bukan selamanya di sisi. Atau mungkin tak selamanya kita ni berteman. Ah! Kubur pun masing-masing kan. So, ada ku kisah? Even ralang juga hatiku ini sebenarnya.

“Boleh saya duk kat sini?” aku terus mendongak. Laju ku mengarahkan pandanganku ke kiri dan ke kanan. Tiada sesiapa di situ melainkan meja di sebelahku yang telah dipenuhi pengunjung café itu. Dia nie cakap dengan aku ke?

“eh,jgn lah pandang saya macam tu, kerusi nie macam tak bertuan je,jadi saya nak menumpang makan kat sini boleh?” lantas sekali lagi aku memandang 3600 disekeliling café tu. Nyata aku hampa apabila memang café itu dipenuhi manusia yang meminta perut untuk di isi. Tiada alasan untuk menolak. So, “why not?”sambil aku menganggukkan kepala tanda okay. Namun bibirku gagal mengukir senyuman padanya. Makan lebih penting!

Guy kat depan aku tadi tersengih sumbing. Ceh, duduk je la. Bukan café bapak aku pun. Berbasa-basi pulak. Kacau lah ada mamat nie kat sini. Aku pun secepat mungkin menghabiskan sisa makanan di pinggan bercorak bunga pink di hadapanku ini.

>>>>……………….


                Sombongnya dia. Bukannya aku saje2 nak duk kat sini. Ces! Xpe, dia dah berlalu pergi pun. Release gak la sikit dari tgk muka sombong tadi. Eh? Nie ape? ala..dak tadi tertinggal buku la plak. Adus. Muke dak tadi entah aku egt ke tak lagi. Puas aku tertoleh ke belakang. namun,kelibat yang ku cari gagal ku temui. Biar je la. Nanti pandailah dia datang café nie balik. Tapi, cian plak kalau buku nie hilang begitu sahaja. Hisk! Nak aku bawa ke biar je nie?

                Meh kita tgk helaian pertama. Manalah tau kalau2 ada no. fon dak tadi.

~Aerwyna~
~2010~
~biotech-biochem~

                Ohw.dak bio rupenye. Sedap gak nama dia.ala, No fon xde la plak.

                “hey!” bagai kilat buku itu disambar dari tangn kiriku.
                “ko nie ada adap ke tak boleh main taram je check2 hak org lain ek.agak2 r bro. dah tau buku ni bukan ko punye,nak check2 pehal?”

                Berdesing telinga ku mendengar ayat itu. Belum sempat bibir berbicara, si tudung hitam berlalu begitu sahaja. ces! egtkan nak berniat baik,tapi ini balasan aku? Nama je cantik,perangai hampeh. Tanpa usul periksa dia boleh judge aku macam tu je? Nyampah.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

               
                mak menjemputku di airport. Sungguh rindu ngn kampong halaman(even rumah aku xde suasana kampong sekalipun). Cuti tahun baru nie aku mengmbil kesempatan balik ke rumah.

                Sesampai di rumah, adik aku menyambut dgn huluran tgn tuk bersalam.itulah yang mak terapkan dr dahulu lagi. Aku pun memanjat anak tangga untuk meletak beg yang hampir 10kg beratnya.

                “Wyna, cepat salam” lembut mak memanggilku.

                “Hah? Sapa mak?” siapa dia nie???puas ku perah otakku berfikir.namun tak ku temui jawapannya.

                “salam wyna, nie uncle Di, ayah baru kamu.”

Bagai terhenti jantungku di situ juga.kaku. namun perlahan tgn ku hulurkan. Hormat itu penting.kata mak dahulu. Tanpa sepatah kata, aku berlalu  meloloskan diri di dalam bilik. Beribu soalan di benakku. Sampai hati mak x bagitau pun mak dah kahwin lain. Adik n kakak aku pun turut sama bersubahat menyembunyikannya dariku. Sedih, pedih, pilu. Ntah ada lagikah perkataan yang mampu menafsirkan isi hatiku saat nie.

                Aku dah ada ayah tiri, tapi baru hari ni aku ketahui. Malas hendak bertanya lagi. Ku malaskan diri di dalam bilik. Mungkin aku mampu mencari secebis ketenangan di bilik sempit ini.


……………………………………………………

                “Hoi! Jauhnya termenung. Dah sampai ke London ke cik kak oi??” luna terus mengambil tempat dihadapan Lia sambil menghadiahkan senyuman kera sumbangnya.

                “nak aku dapat heart attack kat cni kew? Bagi la salam dulu kew..ee”

                “hee..lupe coz asek tgk ko menung dari tadi. Nape weh?”

                “hah? Mana de pape.”kenangan lalu terus hilang dari tirai minda. ligat otak memikirkan alasan sewajarnya.
                “habis tu, notes kat tangan tapi mata ke dashboard npe?”

“aku tengah tgk notes kat board ni ha..” sambil jari telunjukku berlari ke tengah board yang dihiasi dengan variety of cake dari pamphlet Secrete Recipe.

“ Wait wait!! Nie bukan notes ni makcik..ni namanya Library checkout receipt 10/14/08 and the most important thing is…”

Luna mengapai kertas yang kemas terlekat di dada board Lia. Puas Lia mencuba merampasnya kembali,namun sia-sia.

“luna, meh r bagi aku balik. Dia nie kan. Ala, kang ronyok kertas tu kang..”

“haha.. and the most important thing is.. the name here was not yours but Faiez Adrian ok! Wah, lia.. termenung jauh tengok name nie je kew?”

“engkau..aku tunjuk lain,ko tengok laen plak..ishk! bek sini tu..”

“hee..tulah, aku suh confess je kat dia, ko tak nak. Kang kena rembat orang len kang, jangan cakap aku tak bagi warning.”

“apelah..aku bese je la..ni notes nie lagi penting, sok Quiz ok.. dah2, g study la..”

                “ohw..halau.. eh, aku nak ajak g makan sebenarnya tapi disebabkan dak nie, aku kena halau??  Sakit hati..sakit sekali..” Luna menyumbangkan lagu sambil buat muka ala2 cute di depan Lia.
Iskh dak nie,dah la memang cute, wat muka cam anak arnab lak kat depan nie. Nie lemah nie.

                “jum2 g makan. Ha, g siap cepat, aku nak g solat asar  jap.”

…………………..>>>>>>>>>>>>

                “papa n mama mane Mak Jah?”

                “Datuk outstation 3 hari g Sabah Ad. Datin lak g spa ngan Datin Sofia pagi tadi. Rasenya Datin ada dinner malam ni.”

Panjang lebar info Mak Jah berikan. Padahal aku sekadar berbasa basi je tadi. Orang tua ku ke mana pun bukan menjadi persoalan bagiku. Ohw, papa g Sabah, at least ada gak la maklumat tuk aku pegang. Kang nanti kalau ada orang call rumah tanya sal papa, aku mesti x tau nak jawab ape. Opzs! Masalahnya, aku bukan pernah pun nak jawab fon kat rumah tu. Kalau kawan2 nak call aku, mesti call henset aku je. Slalu orang office papa la yang call kalau dah tak dapat nak call handphone papa. Tak pun, kawan mama tanya free ke tak hari tu. Ajak shopping la tu. Perempuan katakan. Probability paling last pun mesti bukan aku la, mesti anak mak Jah kat MRSM Langkawi tu yang call. Maklumlah, mak Jah xde handphone, anak dia leh cari guna nombor phone rumah ni jela. Alah, kalau Mak Jah gayut phone ngan anak dia 24/7 pun, duit papa xkan luak lah.

“Ad xnak makan? Mak Jah panaskan lauk ye.” Cian dak nie, boleh kira ngan jari bila masa dia leh bersua ngan mama n papanya. Hujung minggu macam nie pun tak boleh nak melepak ngan family. Patut termenung jauh masa aku cakap sal Datuk n Datin tadi. Ntah ape la di fikirnya.

“boleh gak Mak Jah,perut pun dah nyanyi lagu Fire Burning nie kelaparan”

Hah? Sayur bening kew? Eh, aku masak sayur tumis je nie. Aduyai..

“Ad, Mak Jah masak sayur tumis je sekarang, kalau Ad nak makan sayur bening, tunggu lima minit Mak Jah masak k.”

“Eh2!! Mak Jah, bila masa saya cakap nak makan sayur bening nie? (otak selaju 18000km/j berfikir). Ohw, saya cakap saya lapar je la Mak Jah, tadi tu saya cakap lagu Sean Kingston-Fire Burning. Bukan nak makan sayur bening. Hehe” cian Mak Jah pening ngan aku nie.

“Ohw, ape-ape je la kamu ni Ad.” Sambil pantas Mak Jah mengeluarkan lauk yang tersadai di bawah tudung saji sebelum tengah hari tadi lagi. Ad nie selagi matahari x tegak atas pale, selagi itulah dia masih membuta. Bagus gak la dari melepak x tentu arah cam remaja sekarang nie. Eh, Ad nie kira remaja lagi kew? He is not a boy, not yet a man (cess! Cam lagu briney version lelaki lak. Hik3!). Ah, remaja gak la kiranya. Yang perempuan lari ikut Bangla, laki lak bawa lari anak org. Macam-macam la, lebih2 lagi duk tengah KL nie. Senang je kalau nak jadi setan. Iskh! Nauzubillah Min Zalikh. Mudah-mudahan budak nie di lindungi Tuhan dari buat benda-benda tak elok tu.

Pantas jari menari di screen phone. Lagu Baby dari justin Bieber kedengaran di hujung talian menanti jawapan dari sana. Namun tidak sempat Justin puas menyanyi, kedengaran salam di beri.

“ko xnak datang kew? Aku sorang lepak rumah nie.” Ad berbicara di hujung talian.

“banyak Mak Jah masak nie, meh r. Rumah xde orang pun. Sorang outstation, sorang g Spa. Aku bosan giler nie sorang2. Kang aku datang rumah ko kang, terkejut beruk kawan2 ko.”

“la, xkan petang2 nie pun nak g campus lagi? Weekend beb,apa kaki g clazz?”

“ohw, futsall kew? Ko nie kecik2 lagi dah busy cam mak datin, tu belum jadi datin lagi tu. Ada replacement class la, men futsall la, program la, semua la ko la joint. Nape, kat campus tu ada ko sorang je kew?”

“Yelah2, aku bagi masa ko main. Tapi sejam pasni make sure ko dah tunggu aku bawah block ko, kita g men bowling. Ajak la kawan2 ko yang nak men futsall tu sama, at least dorang x marah aku culik ko. Aku blanje semua. Engat! Sejam dari sekarang!” terukir senyum di bibir Ad setelah menggunakan kuasa beto miliknya ke atas Izza. Hehe!

…………………………>>>>

Masa itu emas. Namun peribahasa itu hanya mampu terlafaz di bibir, bukan untuk di aplikasikan disaat ini. Ku merenung Malaysia Airlines online ticket. Lama gak aku merenung screen laptop nie. Pergh! Mahal tak usah cakap la. boleh wat duit blanja aku 1 semester nie. So, jawabnya tak balik lagi la. kalau masuk kali ni,dah kira dua tahun aku x balik raya ngan family sejak kejadian tak terduga itu. Rindu kat mak, kakak n adik ku. Tapi insan itu? Untuk mengenali namanya pun belum lagi pernah ku terfikir untuk bertanya. Tahun lalu aku memang saje taknak balik rumah time Raya. Sudahnya, banjir bilik Yana kat Johor di pagi Raya tu. Tahun nie cam tak tahan beb, tapi ticket lak masalah. Pehal mahal sangat nie? Ya Allah, aku rindu mak aku..

…………………………………>>>>>>>>>>


Peluh yang merinik di dahi di seka dengan belakang tangan. Panas dunia mu ya Allah sudah tidak tertahan olehku, jauhkanlah aku dari api neraka Mu nanti. Tekak terasa haus setelah hampir sejam dua minit lima puluh lapan saat menghayunkan kaki kat bazaar yang baru di buka semalam. Inilah namanya perempuan. But wait!!! I’m not the kind of girl that like to flow out their money as easy as ABC for shopping purposes only, okay! Aku habiskan masa lebih sejam ni pun coz nak bagi pamphlet Digi Campus kat student sini.  Cari duit lebih sikit je, x lebih mana pun. Tapi aku suka dengan kerja nie, jauh gak la dari menghadap journal, term paper, text book & yang sama waktu dengannya.

                “Dah abis?”

                “ha, dah. Aku men bagi je, lagipun nak explain lebih-lebih number nak promote pun takde, so malaz la. Orang Digi tak cakap pape kew?”

                “tulah aku message Ashraf tadi tanya sal benda nie. Dia cakap, number memang takde, so ini jelah tugas kita minggu nie.”

                “Ohw,okay. Jum la, minum teh ais jap! Haus.”

                “Jum!”
………………………..

Pergh silau beb kuning2 nie, ishk! Mencapap giler minah dua orang nie. Langkah terus ku hayunkan menuju counter Mamak untuk mengambil roti sardine yang telah ku order tiga ratus enam puluh tujuh saat yang lalu. Hee..penat kira semata-mata nak tahu tahap ketangkasan Mamak nie wat Roti, tapi boleh tahan cepat jugak la memandangkan café penuh dengan makhluk yang muncul dengan pelbagai color. Sekembalinya aku ke tempat duduk yang hanya ada aku dan fizi, tetibe je aku terpandang makhluk kuning sekali lagi. La, minah nie duk meja sebelah la plak. Rase cam kenal la,tapi xtau kt mane. Ah,lantak la! Bek makan.

……………………………..>>>>>>>>>

“nak makan ape? Biar aku g order.”

“erm..makan ape ek? Ko nak makan ape?”

“La, aku tanya ko, ko tanya aku balik.aku cukup dengan nie je” sambil Lia mengerling ke arah gelas berwarna pink dihadapannya kini.

“aku pun tak rasa nak makan pape”

“nak makan Pau x? aku nak g beli la, lagipun nak suh tambah ais jap, manis sangat the ais nie. jap ek.”
“okay”

Serasa masih ku dengar suara Luna mengatakan okay kat aku disaat hampir separuh bajuku bertukar menjadi warna coklat. Bila masa lak aku pandai men silap mata men tukar2 color baju kat public cam ni nie?

“sorry,awak tak pape kew?”Sambil tanganku ligat membantu gurl bertudung hitam di depanku kini.Sekali imbas,serius dunia ini bagai hanya ada aku dan dia this moment.Aku harap waktu terhenti di sini.Nyata gadis tadi mengerutkan kening dan sekaligus mengembalikan aku ke alam nyata.

Wait2!!! Rewind 5 second ago. Aku berdiri dari tempat duduk sambil teh ais ku pegang di tangan kanan. Seorang Alien tiba2 menolak aku dari arah belakang,dan di saat itulah aku jadi ahli silap mata terkemuka lagaknya setelah teh ais tadi menumpahkan isi perutnya ke bajuku. Sepantas kilat aku memandangnya. Sunyi. Seisi café memandang drama free yang terpampang, dan nyatanya, akulah Heroin cerita nie. Ape lak? Aku nak jadi Hero la. Alien nie lak adalah watak antagonis yang selalu menyusahkan watak baik cam aku nie. Dia nie kira Bawang Merah la, bezanya Bawang Merah depan aku nie lelaki. 

“HAH??Sorry?!! Giler ko!” mamat nie…sepantas 0.01 µ/second neutron merembes ke otak tuk mengingati Bawang Merah depan aku nie. Hah? Dia nie lagi…Ya Allah…

“ sorry sis, tak sengaja”

“ senang giler bapak ko cakap sorry, dah pakai spec mata pun still buta lagi kew? Kalau empat mata pun x cukup, pergi la korek mana-mana mata kucing letak kat muka tu, mana tau membantu. Nyampah betul la, hidup tu kalau tak menyusahkan aku boleh x? kalau pun nak mati, g mati sorang2 la, sempat lagi nak wat aksi superman buta kat café nie. Hish!!!!  Jum la Luna, naik muntah aku tengok Alien buta nie.”

“nak saya hantar awak balik bilik kew? Boleh tukar baju” umpama Sang Putra sedang menyelamatkan ikan duyung yang tersekat dalam jala pelayan lagaknya. Bak pepatah melayu, bagai orang mengantuk di sorongkan bantal. Mesti minah nie lembut hati sikit setelah aku menunjukkan budi pekerti orang melayu kepadanya. Namun, belum sempat tanganku menggapai kunci kereta di atas meja tempat aku ngan Fizi..

“tak payahla!! Tak payah nak tunjuk baik. Ko buat nie pun on purpose kan? Mentang2 hari tu aku marah ko curi2 baca buku aku, so rini ko nak balas dendam kan? Congratulations!! Ko dah Berjaya balas dendam. Buat la party pasni ye landak Hitam!”

Terpegun! Sekali lagi ku rasa bagai waktu dah berhenti dari tugasnya. Namun bukan bunga sakura yang berguguran mengiringi jalan aku dengan si dia. Tapi, cakera Api merah menyala2 yang keluar dari badanku ini (cam dalam crita Naruto la sumthing) bersiap sedia di halakan ke arah minah tak sedar diri di hadapanku ini. Dihadapan? Eh?! Mane lak minah kuning + coklat tu?  La, tu pun..dah blah rupanya. Nasib baik ko cepat blah, kalau tak aku pun tak tau ape nasib ko tadi. Kang kalau aku jadi murderer cam kejam sangat lak. Bagus gak la aku still jadi putera raja yang berbudi pekerti dan penyabar orangnya. Mesti rakyat jelata menyukai aku. Sem ni aku mesti leh jadi Prom King sekali lagi. Hahaha!!! Opzs! Dah jauh sangat nie.

“Aku balik dulu Fizi, xde mood nak makan dah”

“eh One, jumla, aku ikut ko”

………………………..>>>>>>>>>>>

Puas membersihkan lantai yang bertaburan ngan tissue di atasnya, Rokiah beralih pula ke tengah singki untuk menggosok mana-mana yang patut menggunakan Ajax fabuloso yang syarikat sediakan. Kemudian masuk seorang wanita ke pintu no.2 dari hujung. Keluh hanya mampu diterbitkan dalam hati. Nape lah perempuan tu tak boleh nampak yang aku baru sahaja membersihkan tandas tu, ada 5 toilet dalam nie, 3 lagi belum aku sentuh, nape xleh nak g toilet yang masih tersisa lagi tu? Tidak nampakkah perempuan tu akan tanda kuning yang ku letakkan betul-betul di antara tandas kedua dan ketiga itu? Buta kot? Buta? Tapi tahu lak masuk toilet. Iskh! Boleh jadi tak ikhlas aku buat kerja nie hanya kerana perempuan itu. Tak boleh..tak boleh. Sambil menggeleng-geleng kepala sedikit. Aku kerja nie pun demi mencari rezeki yang halal untuk anak-anakku. Kalau tiada keikhlasan, takut yang aku dapat hanyalah duit semata tanpa keredhaan dari-Nya. Ya Allah, ampunkan hambamu kerana mengeluh.

Perlahan langkah di atur berhadapan dengan cermin yang berukuran 2.5m x 1.0 m. cukup-cukup untuk memuatkan seorang wanita yang sering digunakan untuk memastikan penampilan dari hujung rambut ke hujung kaki perfect sebelum melangkah keluar dari toilet ini. Rokiah merenung wanita yang mencecah hampir 50-an dihadapannya kini. Jelas kedut di hujung mata, tepi bibir, dan dahi kelihatan tanpa secalit pun alat mekup mengalasnya. Sesuai ngan umurnya kini. Baju biru yang dipakainya hampir pudar warnanya. Mungkin kerana di basuh berulang kali menghasilkan warna sebegitu. Pantas senyum hadir di tepi bibir. Syukur Alhamdulillah kerana Allah masih memanjatkan umurnya selepas kemalangan itu.

Pintu no.2 dikuak dari dalam. Menampakkan susuk tubuh wanita berkerjaya dengan kemeja warna pink dan skirt separas lutut yang dipakainya. Membelek wajah di cermin, pantas minyak wanyi Ralp Lauren dikeluarkan dari dalam bag. Rokiah asyik memandang dari dalam cermin yang memantulkan imej objek di belakangnya. Dalam kurang sesaat wangian minyak wangi itu memenuhi ruang toilet mengatasi wangian Ajax fabuloso yang tadinya menjadi tema toilet itu. Usai sahaja keyakinan di raih, pantas dia melangkah kemas menuju ke arah cermin di hadapan Rokiah.  Mungkin terganggu dengan tubuh yang berada dihadapan cermin itu kini, dengan serta-merta jelingan di hadiahkan buat Sang tua berbaju biru.  Pantas Rokiah tersedar dan meneruskan kerja-kerja yang tergendala sebentar tadi. Mop di sebelah tangan kanan dikemaskan lalu ditarikan di atas marmar merah lembut. Arah jarum jam yang terletak di antara 11 dan 12 membuat tangannya semakin laju. Dia harus pulang segera, fikirnya.

………………………>>>>>>>>>>>>


Serius bin sebenar-sebenarnya, budak Bio takde yang menarik. Iskh! Menyesal amik course nie dulu. Dak laki batch aku boleh kira dengan jari aku plus jari Luna je, dak perempuan 2 kali ganda. Hurm, peluang ngorat equals to zero! Tapi sebenarnya aku rasa aku nie ketulah la kat mana-mana. Minat mecha, tapi amik Bio, apakah?? Punyalah tekad time SPM dulu cakap aku takkan amik Bio lagi lepas nie, nie fisrt n last buku bio yang aku ada, xkan sentuh buku bio lagi lah. Tapi, Tup2! Ambik degree Biotech-Biochem Engineering tu. Chem, boleh tahan lagi, Bio?? Ohw tidak, wake me up from this bad dream!!!

                Pap! Teleng seketika kepala aku. Benda apakah? Durian jatuh kew? Rezeki ni namaanya. But,Kalau betul durian jatuh, bukan patutnya dari arah atas ke mengikut tarikan gravity? Tapi nape durian nie dari belakang lak ek?

                “Sory sis! Tak sangka lak bola nie tersasar jauh masa saya tendang tadi. Sis okay?” lembut suara gadis dihadapanku kini. Rasa bersalah barangkali.

                “takpe, saya okay je. Lagipun saya yang x perasan dah lalu tempat awak men futsal nie.” Senyuman ku ukir tanda menyakinkan gurl cute di depanku tadi. Serasa ini first time aku tengok dak nie, junior kot. Selalu aku akan mengintai dari tingkap bilikku yang terletak di block A level 2 kalau petang2 camni tuk melihat jajaka idaman Malaya main basketball, Jessie 7. Eh! Idaman Malaya? Lebih-lebih lak bunyinya. Sebenarnya hanya idamanku la. Hee! Tapi selama ni tak perasan lak minah nie. Iskh! Mana nak perasan kalau basketball court je yang jadi tumpuan, court2 yang kat tepi kirim salam la aku nak pandang. Hee…!

Baru hari nie aku guna jalan sport complex ni dalam sem ni, dah jadi benda nie. Keras jugak bola futsal ek. Nasib baik gurlz yang tendang, di buatnya lelaki yang tendang tadi, mahu masuk hospital aku sekarang nie.

“Okay sis,lega saya sis kata okay,BTW take k tau”, pelahan bahuku di tepuknya seiring dengan senyuman yang diukir khas buatku. Lalu kakinya meluru laju menyertai geng futsalnya semula.

Sebelum melangkah keluar dari gate sport complex nie, sempat mataku melirik basketball court. Eh! Dia pandang aku la! malu2, dia Nampak ke kejadian tadi? Cess! Mesti gelak guling2 dia tengok perempuan bengong cam aku. Bola sebesar giant pun boleh plak aku x Nampak, nak elak lagilah jauh. Yekew dia pandang aku? Entah2 kebetulan je tadi tu, bukan ke dia sibuk men je dari tadi. Hee, sekali-sekala perasan apa salahnya kan. Bye Abang Zaki. Men elok-elok ye. Cayok2!!

…………………..>>>>>>>>>>>


“Lambat balik? gi mane je? Dah makan?” baru setapak aku memasuki bilik 2.5,terus 3 soalan ditujukan. Kalau aku langkah 2 tapak, agak2 soalan jadi double ke triple ek?

“weh! Asal tercegat je kat situ?” luna bercekak pinggang di hadapan compartment D miliknya. Senyum ku ukir. Langkah ku atur kembali. Bag disandang ku biar masih melekat di badanku, serta-merta aku baring apabila masuk sahaja ke compartmentku. Luna yang mengekoriku masih menunggu jawapan.

“Aku g ATM tadi, org Q panjang sangat, tu yang lambat semacam tu. Baru dapat PT katakan.”
“hantar duit ke kampong ke?” Luna sekadar mengagak.
“erm”, pendek ku jawab.
“then, dah makan?”
“tak lagi. Nak makan dah kew?” luna mengangguk. “Ko turun dulu, pesan tuk aku sekali. Nasi putih ngan tomyam campur k.Pas solat asar aku turun.”
“okay, jangan tertidur lak, ngan beg pun tak sempat-sempat pisah dari badan, dah terbongkang baring. Bukan aku tak kenal ko tu.” Hee..aku balas ngn senyum kata-kata Luna itu. senyum lagi. Cikgu kata Senyum itu sedekah. Hik3!!


………………………………..>>>>>>

No comments:

Post a Comment